Sunday 22 May 2011

iluvblog blogwalking community

Assalamualaikum dan haluu3 semua.
Ok. tengah-tengah duk syok facebo0king, sampai 1 invitation.
Datangnya daripada Wootmedia.
Dan disampaikan oleh Khusairi dan MBU.
Ok. Saya nak join Blogger Pantai Timur.

Ini adalah berkaitan cara mudah untuk blogwalking.
Terdapat 7 group dan pilih salah satu untuk korang join.

~Cara mudah blogwalking~
  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )
  • Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
  • Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
  • Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut

Dan 2 orang yang saya nak tag.

Jom korang semua. Kita join yep.  =)

Friday 20 May 2011

Mencapap kejap

Assalamualaikum..  =)

" Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Nurul Farahah,
Happy Birthday To Me. "

Hahaha.
Xbetul ke apa nyanyi untuk diri sendiri.
Korang jangan la marah dan jangan jeles!
Sila baling mee goreng mamak kat sini. Huhuhu..
Ishh jangan, habis rosak lappy.

Ok. Kepada semua yang dah wish kat saya,
baik melalui phone, fb, face-to-face, and so on,
thank you so much yea.
Wink-wink. Hahaha.

Dan part yang paling suka,
ada yang wish sweet 20 dan 21.
Haha. Yang mana satu tuh..?
Ngeee~

Apa-apa pun, thank yea semua.

Thursday 19 May 2011

Segmen Bloglist AbgTeror | TANAH TUMPAH DARAHKU

Haluu.. Haluu.. Haluu..
Ok. Hari ni saje aje nak menyibok dekat bloglist AbgTeror.
Jomla join sekaki.


1. Dimana anda dilahirkan?
Sebenarnya saya dilahirkan di HB Kuala Terengganu, Terengganu.

2. Dimana anda dibesarkan?
Sudah semestinya dibesarkan di Kuala Terengganu.

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist AbgTeror?
Dan untuk bloglist ni, 
saya nak join dalam senarai negeri Terengganu.

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Kerana tidak lebih 100 patah perkataan.
Haha. Xdelah gurau aje.
Sebab I LOVE TERENGGANU.
Tanah Tumpah Darahku.
Dan saya bangga menjadi orang Terengganu.
Fullstop!

Wednesday 18 May 2011

Baik Kau Pulang Cepat..!!

Assalamualaikum..
Yuhuu. Dah seminggu dah cuti ni.
Dan selama seminggu jugakla bertafakur 
dan bertapa dirumah memikirkan apa yang patut.
Ok. Layan aje lagu ni.

Pulanglah
Awi Rafael

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku 'tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
(Aku dah bingung)

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Runaway…
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu

Dulu, ada kawan cakap.
"Tension dengar lagu ni cam rojak.
Tapi lama-lama macam sedap pulak"
Hahaha. Aku pun rasa cam tuh.  =)

Sunday 15 May 2011

Kampung Ladang Dalam Kenangan

Assalamualaikum..

Wah! Dah bertahun-tahun lamanya aku xpergi Kampung Ladang.
Rindu wo0o. Tempat aku bermain dan tempat aku membesar tu.
Tempat aku mula-mula belajar berjalan dan berbasikal.
Seriously, dah lama sangat xpergi sana. Sangat lama!

Siapa xtau Kampung Ladang kat mane?
Hahaha. Cara tanya macam 1 Malaysia tau.
Orang Ganu kalau xtau memang nak kene la tuh!
Ok. Iam from Ladang Sekolah. Hahaha.

Ladang Sekolah ni dekat aje dengan pusat bandar.
Dan yang paling hampir, Bulatan Batu Bersurat.
Jalan kaki pun boleh sampai.
Yela, dulu aku jalan kaki je round 1 kampung.

~Bulatan Batu Bersurat~

Kalau nak tahu, suatu ketika dahulu,
Kampung Ladang ni adalah lubuk Nasi Dagang.
Susah wo0 mau buat nasi dagang.
Lepas kukus-kukus nak ke jadi macam tu.
(sebab aku xpandai, yang pandai xpela)

Tadi pergi sebab nak cari nasi ni laa.
Tapi dah habis, xsempat nak beli.
Maklumalaa lama xpekena kan.
Conclusionye, lepak kedai kopi jela tadi.

~Nasi Dagang~

Tapi yang ini sebagai hiasan jela.
Yang betul-betuk punya lain kali kita teroka.
Perhh. Makan dengan ikan aye.
Kalau bukan orang Ganu dia panggil ikan tongkol.

Tapi Perkampungan Melayu tu dah jadi kenangan.
Dah xde lagi perkampungan orang lama-lama kat situ.
Semuanya dah generasi baru, penempatan baru.
Umah baru, semualaa baru senang cite.

~Surau Haji Awang~

Dulu, surau ni kecik aje. 1 tingkat. Sume kayu.
Tadi pergi tengok. Waa, dah cam gini sekarang.
Dulu, selalu tengok orang kacau bubur lambok.
Sekarang xtaula ape cite pulak. Ada lagi kot.


Ok. Ini permandangan dari atas.
Ganu, pergi kat mana-mana pun, mesti jumpa laut,
xde laut sungai, xde sungai parit.
Kalau xde itu semua, korang salah tempat la tu. Hahaha.

Haa,, tuan gambar, nak gmbar ni 1 keping yea,

Sebab itulah aku cakap Kampung Ladang dalam kenangan.
Rumah lama-lama semuanya dah xde, ilang, pupus.
Orang lama pun semuanya sudah tiada.
Tinggal kita nie, penyambung generasi baru.

Saturday 7 May 2011

Terima Kasih Buat Semua

Assalamualaikum

Ok. End of semester.
Lepas ni cuti 4 bulan wo0. Lama tu.
Esok adalah hari terakhrir aku lepaking kat Tun Fatimah.
Next sem aku lepak Taman Universiti pulak. Jumpa korang disana.
Ok. Sem ni banyak gila kot dugaan.
Lepas satu2 musibah. Nasib baik dah abis. Sem lepas sempoi je.


Ok. Sebenarnya kat sini nak ucap terima kasih buat semua.
Special thank to Alia, Dila, dan Shafiq.
Mereka orang yang selalu berada dekat dengan aku kat sini.
Dan mereka jugak group aku dalam segala hal.  =)

Untuk semua ahli group aku yang lain, thank korang.
Kita dah berjaya buat kerja group bersama.
Math, HE, Titas, Acad, Material, Fluid, n EC.
Ada lagi x yang aku lupa sebut?  =)

Buat my roomie, than jugak yee..
Korang ni selalu tidur lambat. Dah jangkit skali dah.
Paper korang xabis lagi. Go0d luck ye.  =)

And xlupa jugak buat Community of UTHM Blogger.
Hahaha. Korang ni sempoi la.
Selalu je update. xsempat aku nak belek satu2.
Sekali buka facebo0k penuh kat situ.  =)


..Ok. Jumpa lagi next semester..
Yang xabis exam lagi, Go0d luck.
Yang dah abis, semoga result korang gempak!

Wednesday 4 May 2011

Math.. Paper Mengancam..!!

Assalamualaikum..  =)

Kamu-kamu-kamu semua tengah buat ape..?
Haha.. Tau dah. Blogwalking!

Hmm,, tulun-tulun-tulun.
Camne ni?
Otak dah semi-saturated ni.  =(

Math ni.. Aishh..
Dahla soalan yang bakal keluar xboleh dijangka.
Betul x? Dalam banyak-banyak subjek, 
MATH yang paling susah mau jangka!


Buat example bukan main bangga, riak lagi.
Yela,, sebab dapat answer kan?
Bukan main seronok lagi.

Sekali exam, dia pusing sikit soalan, 
fuhh, dengan kita-kita terpusing!
Adehh,, dahla masa xpenah cukup. Haha.
Nasib baik ni paper last skali.

Huhuu..
Sape yang ambik math, Sharing is Caring.
Ada tips gtau la yee.  =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...