Saturday 30 April 2011

Contest Semua Tentang 4

Assalamualaikum..
Hallo-hallo-hallo semua. Dah lama xupdate blog.
Buat-buat sibuk ye kan?
Perhhh, ramainya yang update fasal perkahwinan William and Kate.
Perkahwinan diraja katakan.
Gempak habis. Tahniahlah untuk mereka berdua.


Ok. Sekarang nak join contest.
Unik kan tajuk?

Empat perkara about myself?
1. Ceria.
2. Happy.
3. Cakap xbanyak.
4. Makan xkuat. 

Empat nama manja?
1. Of cos ARA.
2. Farah.
3. Farahah.
4. Nurul.

Empat perkara baik yang saya buat hari ini?
1. Muhasabah diri.
2. Study.
3. Join senamrobik 1Malaysia.
4. Blogwalking.

Empat tempat yang nak sangat pergi?
1. Nak balik umah, lame dah xbalik.
2. Bertapa sejenak kat bawah air terjun yang sejuk.
3. Kota Mekah.
4. Bandar paling unik didunia.

Empat benda wajib bawa kalau keluar?
1. Purse.
2. Phone.
3. Cermin mata.
4. Jam tangan.

Empat benda terakhir yang dibuat sebelum join contest?
1. Minum air.
2. Makan biskut.
3. Facebooking.
4. Folo cik Fiqa.

Empat orang yang paling saya sayang didunia ini?
1. Utamakan keluarga. Family first.
2. Seluruh kaum kerabatku.
3. My friends di alam nyata dan di alam maya.
4. Diri sendiri.

Empat jenis ragam manusia yang saya jumpa?
1. Cakap dan gelak sorang-sorang. Peliknya.
2. Woo, dia makan + bercakap. Bersembur-sembur.
3. Koyak kertas kuat-kuat dalam dewan exam. Tension aku.
4. Termenung depan mesin atm. Dari tadi xpikir.

Empat misi?
1. Result xmo ciput-ciput.
2. Nanti cuti lama mau cari duit.
3. Naikkan berat badan.
4. Settlekan semua misi kat atas.

Empat habit buruk?
1. Mengelamun.
2. Nak tidur sumbat earphone.
3. Kerja last minute
4. Tidur banyak

Empat perkara fobia?
1. Lautan manusia.
2. Kene marah xtentu fasal.
3. Budak-budak emo.
4. Jerebu.

Empat sebab join contest?
1. Tertarik ngan tajuk contest. Unik.
2. Dah lama xupdate blog.
3. Terblogwalking blog cik fiqa.
4. Xngantuk lagi. Hehe.

Lima tagging? aik, lima?
4. Anis


Ok. Sampai disini sahajalah kita. 
Malam dah beansur-ansur tua dan tua dan tua. 
Kepada yang masih berjaga, 
jangan jadi burung hantu.
Anda dinasihatkan untuk tidur. 
Hayatilah nikmat tidur.

** Nak join? Sila click banner.

Thursday 21 April 2011

XSabo Nak Balik...?!

Assalamualaikum.

Haa, itulah. Final xstart pun lagi, dah kecoh nak balik.
Maklumlaa, sem ni final abis awal dari yang lain.
5hb Mei tuu. Haha. Saje nak bagi jelesz.
Xyahla nak jeles, itu tandanya uthm sayang korang lebih.
Xkasi balik awal-awal. Hahaha.

Tadi dah pergi beli tiket!
Bukan untuk balik esok, tapi untuk 7hb Mei.
Wo0o, ingatkan tiket dah habis, 
sebab korang kan dah beli dari 2 minggu yang lalu.
Padahal nak balik dekat sebulan lagi.

Jeng jeng jeng.
Haa, ini dia buktinya.
o0o xnampak.
Batu Pahat ke Kuala Terengganu
7 Mei 2011
9.00pm
Jumpa kat terminal yea?
o0orite.

o0o. Bahayalah tenung tiket ni lama-lama.
Korang jangan tenung, tengok je.
Bukan ape, berkobar-kobar semangat nak exam (balik).
Ngehehe~

p/s: Haa, jom smbg analysis structure. Eyh, analysis pipe laa..

Monday 18 April 2011

a a ai aishiteru

a a a Ara layan je. g g g Gagap aku nyanyi lagu ni.
Lagu ni dah lama, tapi menemaniku sepanjang study week.
Jom layan.  =)


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru


*Betul x nie..? Suka hati je...

Sunday 17 April 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin

Nak join..?? Klik banner..

Hehehe.. Minggu depan nak final..
Xpela, kita join yang ini dulu..
Nak update blog nampak macam x jee..
Jomla join skaki...


Ok.. Done..
Eyh lupa.. Tagging..


..Sekian. Terima kasih..

Friday 15 April 2011

Ben Ashaari Ajak Jadi Budak Sat..!!


...Assalamualaikum...
Disaat kebosanan yang melampau. Semua rumate xde!
Intai blog orang laa kerjanya.
Tergelak 1st time baca segmen ni. Bukan ape, dah lama xtengok kartun.
Jom kembali ke zaman lampau. Jiwa serupa kartun. Perangai pun cam kartun.

Karektor Yang Paling Disukai:

..Upin dan Ipin..

Uishhh, kalau kebetulan lalu depan tv ada cite ni, xde manual, auto berenti.
Dengar lagu pun dah boleh tercari-cari. "Betul, betul, betul.."
Hahaha, layan habis. Kartun dia cumel sangat. Cute sangat.
Jalan cite pun memang ada pengajaran.

Karektor Yang Paling X Disukai:

..Hagemaru..

Ishh, dalam banyak-banyak kartun, paling xsuka yang ini.
Cite dia memang mata duitan habis la. Kedekut tahap melampau.
Bukan dia aje, 1 family. Hampeh beno!
Eeee, klu adik ira buka cite ni, rasa macam eeee, geramnya!

Jika Aku Seorang SUPERHERO, Aku Nak Jadi:

..Detective Conan..

Hahaha.. Detective gitu.
Smart en.Conan!
Dengan kuasa bulan menghukummu.. 
Aishh, xdela yang macam tu. Bukan senang nak main hukum aje.
Tengok en.Conan la, kita siasat dulu.


Thursday 14 April 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Assalamualailum..

..BEN ASHAARI GEGAR LAGI..
Haa,, Jomlaa.. Kita Gegar Skali..!!!

Nak join..??
Click muka En.Ben..

BEN ASHAARI: BICARA KASIH AYAH

Nk join..?? Click muka en.Ben..

BICARA KASIH AYAH dari segmen Ben Ashaari..
Ceritakan segala segala kenangan pahit manis anda bersama ayah tersayang... 
Tidak kurang dari 100 patah perkataan dalam 4 perenggan... Wo0o..

Oleh kerana entry kali ini buat seorang yang bergelar ayah,, so first of all,, 
I would like to introduce my beloved father, 
..SULONG BIN MUDA.. 
Dan saya adik-beradik memanggil beliau ABAH...

Wo0o... Smart abah...
(agak-agak berapa umur abah saya?)

Kenangan pahit kenangan manis,, mestilahh banyak.. Abah kita kan.. Tapi, yang paling-paling xboleh lupa... Waktu time sekolah ren. sekolah men. dulu laa kan.. Siapa hantar pergi sekolah..? Abah.. Siapa jemput balik Sekolah..? Abah.. Tapi start dari form berapa entah,, kene naik bas.. Hmmm,, tapi xlama rasanya.. Nak tau x,, bas ada depan mata,, tapi telefon abah... "Abah,, bas xdop.." "Abah,, tertinggal bas.." Hahaha.. Padahal,, dah berpakat dengan adik nak suruh abah ambil.. Sebenarnya bukan dekat,, tempat abah kerja dengan Sultan Sulaiman jauh tuh,, 2 daerah yang berbeza!

Dulu-dulu time pergi tuisyen.. Perhhh.. Yang dekat dengan umah bolehlaa jalan kaki... Yang jauh..?? Siapa lagi,,, abahlaa yang ngantarnya... Bukan tu je wo0o.. Abah tunggu lagi sampai habis tuisyen.. Tuisyen bukan 30min.. kurang-kurang 2 jam.. Kene pulak yang 2 kali seminggu.. Waa,, xke naya..? Tapi abah tetap sabar menunggu.. Kalau result periksa teruk, frust jugak sebenarnya, cuma xpernah tunjuk..

Dan abah seorang yang sangat sangat sangat memahami dari semua aspek. Yee,, semua aspek.. Mana tau?? Saya tau semuanya,, Kan saya anak dia.. Walaupun saya berada jauh dari family.. Tapi saya tahu, abah memang sangat mengambil berat dan sangat peka dengan keadaan sekelilingnya.. Dan saya sangat sangat beruntung mempunyai seorang ayah sepertinya..

Abah,, raya tahun ni kita buat kuih raya yea.. Tahun lepas xsempat, semua balik malam raya.. Tahun ni,, puasa ke raya ke,, memang ara balik,, jadi kita buat kuih raya.. Hahaha.. Suka-suka.. Macam biasa,, abah dengan mama tolong sponsor, kami tolong buat kuih.. Hahaha..

Aik,, dah sampai ke mana ni..?

Apakah cara terbaik mendidik anak kita di zaman yang penuh mencabar ini ?
Sebenarnya, saya rasalaa,, kita kene BERKAWAN dengan mereka.. Sebab bila berkawan,, mereka akan merasakan yang mereka sangat disanyangi dan hubungan kekeluargaan menjadi sangat rapat.. Dan lagi satu sebab kasih sayang sukar diertikan dengan kata-kata.. Xperlu wujud istilah 'kelonggaran' dan 'mengawal' Hmmm,, itu jela kott.. terima kasih..

p/s: sangat bangga menjadi anak abah dengan mama..! =)

Saturday 9 April 2011

Saje Je Nak Gaduh Kan??

YOU!!!
Saje nk cari gaduh kan?? Dari start sem sampai habis sem!
Mentang-mentang dah end of sem.. Lagilaa kau buat aku pening kan??
Dengan assaigment, site, project, presentation, report, quiz n now final exam..
Xpe,,, Kos aku xlame,, Lagi berape tahun aje..

Hubungan Etnik: 27 April (9.00am-12.00pm)
Titas: 28 April (9.00am-12.00pm)
Fluid Mechanics: 28 April (2.30pm-5.30pm)
Civil Engineering Materials: 3 May (2.30pm-5.30pm)
Engineering Mathematics II: 5 May (9.00am-1200pm)

Eeee,, aku paling risau subject yang kod dia bermula dengan BFC..
Bukan ape bak kata Pn.Rosalinda; 
"Buat malu aje kalau subjek BFC kamu rendah! Tuh,, subjek asas tuu.."
Wo0o,, rase macam terpacak kene kepala ni... Adoiii...
"Quiz x perform, final kene perform laa.."
Wo0o,, dia tambah lagi... Adehh..

Banyaknya buku.. Sempat ke budak baju merah ni baca?

Nak pesan kat diri sendiri dan yang membacalaa.. Toink.. Toink..
- Rajinla skettt... Janganlah malasssss wei...
- Jangan ulang kesilapan lalu yang belajar untuk lulus semata-mata, sebab lepas tu confirm akan lupa!
- Dont study last minute... Cam akulaa besok nak exam baru nak buat itu,, nak buat ini...
- Jangan bagi aku lalai... Tulun-tulun ingatkan aku.. Hehe..
- dan yang lain inisiatif sendiri laa.. Ikut skill belajar masing-masing... sebab skill semua orang xsama..

Bagi semua yang akan mengambil final exam yang xlama lagi..
Go0d Luck yea korang..
n Go0d Luck untuk aku juga..
Lepas final korang dah boleh balik,,
Janganlaa balik time study week..!

p/s: siapa cakap yang lahir bulan mei xperlu di motivate sebab diorang tahu memotivate diri sendiri? Aku pun perlu ape sokongan daripada yang lain jugak.. Baru + semangat..  =)

Sunday 3 April 2011

Site Visit Mercu Tanda UTHM

Mercu tanda..? 
Yeke akan dijadikan mercu tanda UTHM..?
Aku pun belum pasti..
Hahaha..

Haaa,, yang sebenarnya mercu tanda ni belum siap lagi.. Memanglaa.. Dalam pembikinan.. Baru diperingkat awal.. Ianya mengambil masa lagi laa nak mau siap mercu tanda ini.. Dan semua itu bergantung kepada faktor tenaga kerja, cuaca dan permintaan pihak uthm laa.. Lagi cepat siap lagi bagus.. Hehehe..

Waa,, xku sangka w0o.. Hajat pergi nak dapatkan maklumat untuk subjek Bahan Kejuruteraan Awam under penyelia subjek bahan merangkap my PA, En. Maiziz aje,, temu ramah sket-sket,, then gerak ke Gegar TF.. Balik-balik,, En.Syafiq (dont know how to spell) keluar dari office bawak topi,, "Jom kite pergi jejalan.." Ape lagi,, kami pakai topi, pakai boot.. Gerak.. Hahaha..

Ini dia En. Syafiq bersama crew-crew kami..

Dan ini lagi..

Lokasinya, ianya betul-betul terletak dibelakang library.. Klu duduk dekat area tapak masjid dan kolam renang xnampak sangat laa.. Duduk kat atas library memang nampak clear laa.. Banyak soalan yang ditanya sampai ada part yang memang xmasuk dalam silibus..! Hehehe.. Dah alang-alang kan..?? Kami pulak dah pilih kos ni,, memang ok sangat laa..

Ape-ape pun minggu ini sangat sibuk dan report sebenar kami pun xsiap-siap lagi tapi gambar dah upload dulu dan blog pun dah update dulu.. Minggu ni ada test bahan.. Waa,, sangat-sangat go0o0od laa.. 

Go0d luck untuk test,,
Go0d luck untuk report dan,,
Go0d luck untuk final yea korang..

p/s: Creadit to Anisa sebab dah bagi gambar.. Hehe.. Dan yang lain Jes, Darren, Ghazali sebab dah bagi kerjasama..

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


p/s: Jom join Ben Ashaari...

Jom Gegar d' TF 2011

Waahh,, Terbaeklaa,, Korang sangat hebat..!

Teh Tarik: Waa,, bangga dengan korang laa.. Sporting gile,, main tarikk jee.. Terhibur sesangat,, terima kasih kerana join our event.. Mula2 gugup juga, xde peserta xterampil crew kami jawabnya.. Tup,, tup,, skali serbu,, penuh meja registeration.. I like..

~Sukenyee juri crew kite.. Maaf yea gambar peserta dalam proses~

~Our winner.. Sky ape ntah..~

Gubahan: Tadi xsempat nak ambil gambar.. Datang nak tengok jee dah habis dah kerana waktunya yang bertembung dengan aku punya crew laa.. Sini ada 1 gambar,, my roomie punya laa.. dia ada menang jugak..

~Ini Anis Norashikin, my roomie punya gubahan~

Carrot-Carrot: Haa,, yang ini aku sempat pergi usha,, tempat pertandingan strategik sesangat.. Depan foyer TF aje.. Sesiapa yang masuk memang akan nampak mereka dahulu..

 ~Itik kat sebelah terung tu comel kan..?~

 ~Yang ini ada seni tersendiri~

~Yang ni paling smart.. Siap celup colour td..~

Reka Cipta: Yang ini semua golongan ada tadi.. Dari yang paling kecik sampai besa.. Woo,, budak darjah 4 cipta bot! Siap dengan kipas lagi.. CNI sem depan kene lawan nie..

~Kak Fi tengah test pemungut sampah~

~Waa,, keadaan foyer tf yang sesak semasa sesi pegumuman pemenang~

Teater P.Ramlee: Hahaha,, yang ini Shafiq n d geng yang jadi juara.. Tahniah! Aku terhibur gile tengok korang tadi.. Mula-mula musik slow,, tetibe kebo0m..! Terus laju.. Gempaq seyhh.. TSN pun aku suka gak persembahan diorang tadi.. Sempoi habis..

~Yang mane satu diorang ni..? Aku pun dah pening..~

Haa,, Sangat hapening.. Sangat terhibur.. Sangat gembira..
Sangat sporting.. Sangat letih.. Sangat mengantuk.. ZzzzZzz..

p/s: besok ada banyak lagi aktiviti,, semua dialu-alukan untuk join aktiviti yang ada..

Saturday 2 April 2011

Pertandingan Teh Tarik..

Teh tarik ker tarik teh..
Hahaha,, Xtaulaa,, Asal kene tarikk sudah..

Maka esok,, bermulalaa karnival kami,,
..Karnival Gegar d' Tun Fatimah..
Ini dikira merit markah KI ni..
Kemahiran Insaniah.. Xlepas,, Xleh grad..

Kami crew Teh Tarik mengajak anda semua tidak kiralah sama ada anda warga UTHM ataupun tidak,, Staff,, Student,, atau sesiapa yang berminat,, anda dialu-alukan untuk join pertandingan ini..


Inilah banner kami,, Pertandingan Teh Tarik..
Terbuka kepada lelaki dan perermpuan,, By hoke @ by group (3max)
Pukul 2-5 petang..
Bertempat di cafe KK Tun Fatimah,,
Individu RM2,, Group: RM5,, Murah aje..
Hadiah menarik menanti anda.. Besar hamper dia wo0..


Hehehe,, Ini kami punya tagging laa..
Sebarang maklumat lanjut,, Boleh tanye sesiapa sahaja yang pakai tag ini..
Penyertaan anda amatlah dialu-alukan..  =)

Friday 1 April 2011

malam dan malam ku..

Library ouhh library...
Dulu,, klu sebut nama library memang buat-buat xdengar aje,,
Malas beno nak pergi library,,
Dahla sejuk,, memang kuyu aje mata ni,,
Tambah-tambah dengan buku yang banyak,,
Perhhh...! Dakwat pen pun xnak keluar..

Tapi,,
Zaman telah berubah,, 
(aku pun nak berubah jugak)
Dunia makin maju,, 
(aku pun nak maju 10 gerabak keratapi dari orang lain jugak)
Teknologi semakin canggih,, 
(aku pun nak mencanggihkan diri jugak)
Cewahhh,, Sesungguhnya macam tu laa..


Haa,, Ini dia permandangan diluar library UTHM dari 4th floor..
Tempat lepaking aku dengan Dila dan Alia sejak tinggal di ParitttKinggg..
Berkelip-kelip,, Bersinar-sinar cahaya memanco0r..

Ape kami buat..??
Menelaah, membaca, mengeja..?? Tett,, Xde maknenya..
Buat esemen,, discussion,, cari bahan,,
Haa,, yang itu ok..
Siang untuk student lain,,
Malam untuk kami.. Hahaha..
Barang sesiape yang menyemak,, Sila ke level lain.. Hehehe..

~Cik Ara~
Muka tension xjumpa cari nilai f..

~Cik Alia~
Senyum..Senyum.. aaa.. Comelnya!

~Cil Dila~
Cari bahan xjupa.. Hahaha..

Itulah dia kerja kami kat library..
Lam bilik mengantuk w0ok..!
Belum final parking dah full.. Final nanti mesti ada yang berkhemah kat sane..
Kemudahan dan bahan: Double thumbs up..!

To all UTHM's student, go0d luck for your final exam..
We have only 3 weeks to go..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...